Dua buah keluarga berdepan detik cemas apabila bahagian belakang rumah mereka secara tiba-tiba mendap ke dalam Sungai Kuau, di Kampung Kuau, Kelantan, semalam.

Menurut mangsa, Hamzah Jusoh, kejadian itu pertama kali berlaku sejak 13 tahun lalu.

Seorang lagi mangsa, Siti Fatimah Mat, 52 tahun,tidak menyangka  mendapan berlaku kerana cuaca dalam keadaan baik ketika itu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata pemantauan masih diteruskan dan penghuni rumah terbabit diarah berpindah ke rumah saudara terdekat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini