Rumah panjang RH Rangsa AK Jimat di Nanga Meluan, Julau, Bintangor, Sarawak, terbakar, pagi tadi. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Sarawak menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 4.05 pagi.

Jentera bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor dikerahkan ke lokasi ke rumah panjang 17 pintu itu dengan jarak lebih kurang 60 kilometer dari balai.

Setibanya pasukan bomba dilokasi, Komander Operasi mengesahkan kejadian kebakaran yang telah memusnahkan kediaman tersebut. Kebakaran bagaimanapun juga tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Siasatan awal mendapati penghuni telah cuba membuat pemadaman awal menggunakan Alat Pemadam Api (APA) namun tidak berjaya kerana api marak dengan cepat.

Kebakaran dipercayai bermula pada bilik Nombor 6 seterusnya merebak ke kiri dan kanan bilik sehingga meranapkan keseluruhan rumah berkenaan.

Turut musnah sebuah kereta jenis Proton saga. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini