Usaha memberi manfaat kepada 15,000 masyarakat miskin sekitar Kuala Lumpur akan diteruskan.

Terkini, Rumah Prihatin Grand Season menyediakan 20 buah katil sebagai penempatan sementara buat pesakit kanser yang tinggal di luar Kuala Lumpur.

Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Pengasas Rumah Prihatin, Tan Sri Annuar Musa berkata inisiatif dengan kerjasama HKL itu bagi memudahkan pesakit kurang berkemampuan mendapatkan rawatan susulan di hospital tersebut.

Antara inisiatif lain yang bakal dilaksanakan termasuklah penyediaan Bank Beras dan Bank Mainan buat keluarga yang kurang berkemampuan di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini