Rumah Prihatin melalui Pusat Gerakan Jejak Prihatin  menyasarkan tambahan 10 ribu pek makanan sedia dimakan, diagihkan sepanjang Disember kepada golongan memerlukan.

Sejak dilancar Julai lalu, Rumah Prihatin telah mengagihkan lebih 70 ribu pek makanan kepada golongan asnaf dan keluarga miskin sekitar Wilayah Persekutuan.

Pengurus Jejak Prihatin, Mohd Herman Misbah berkata, ia adalah hasil kerjasama Sukarelawan Wilayah Prihatin (PriVo), Majlis Perwakilan Penduduk,wakil masjid serta surau setempat, selain persatuan penduduk dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan, NGO.

Hari ini 100 pek makanan diagih kepada penghuni Asrama Darul Falah (ASDAF) yang terdiri daripada anak-anak masyarakat Orang Asli

Rumah Prihatin bersama Yayasan Wilayah Persekutuan dan Hotel Grand Seasons, menawarkan lima komponen utama, selari konsep Wilayah Cakna dan Wilayah Prihatin.

Ia termasuk Dapur Prihatin, Bilik Penginapan Prihatin, Khidmat Kesihatan Mental Prihatin, Khidmat Vaksinasi Prihatin, Food Bank Prihatin dan Pusat Gerakan Jejak Prihatin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini