Marang, daerah terakhir di Terengganu yang bakal mempunyai Rumah Sembelih haiwan ternakan berstatus Halal di bawah kendalian Jabatan Perkhidmatan Veterinar-JPV. Bakal beroperasi pada suku ketiga tahun hadapan di Wakaf Tapai, pembinaan projek bernilai RM500,000.

EXCO Negeri, Doktor Azman Ibrahim berkata JPV kini memohon peruntukan tambahan bagi menaiktaraf peralatan fasiliti bagi menampung peningkatan bilangan haiwan yang boleh disembelih dalam sehari. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Rumah Sembelih berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini