Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru agar pasangan yang ingin berkahwin untuk menggunakan saluran yang betul dalam urusan mendirikan rumah tangga.

Perkahwinan yang teratur dan mengikut undang-undang akan menjadikan sesebuah keluarga hidup dalam aman dan harmoni.  Ini juga menjadi penyumbang kepada faktor kebahagiaan sesebuah rumah tangga.

Baginda bertitah sejak kebelakangan ini ketika negara dalam fasa peralihan ke endemik, terdapat banyak isu kekeluargaan hingga menyebabkan peningkatan kes perceraian.

Justeru, baginda menyarankan supaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis menempatkan pegawai khususnya bidang kaunseling kekeluargaan untuk membantu institusi kekeluargaan menjadi lebih baik dan mengurangkan kadar perceraian di negeri itu.

Demikian titah baginda ketika merasmikan dan mengurniakan tauliah di Muzakarah Penolong Pendaftar Perkahwinan Orang Islam Negeri Perlis di Kangar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini