Rumeysa Gelgi dari Turki dinobat sebagai wanita paling tinggi di dunia dengan ketinggian 215.16 sentimeter. Beliau merampas kedudukan itu daripada Yao Defen dari China. Gelgi, 24 tahun, dilahirkan dengan penyakit genetik jarang ditemui dikenali Sindrom Weaver.

Gelgi menjadi penghidap pertama Sindrom Weaver di Turki dan dia turut memberitahu, dilahirkan dengan beberapa penyakit serius lain seperti skoliosis.

Wanita itu hanya berkerusi roda dan boleh berjalan untuk jarak sangat dekat menggunakan alat bantuan berjalan. Untuk rekod, lelaki paling tinggi di dunia juga turut berasal dari Turki.

Beliau dikenali sebagai Sultan Kosen yang mempunyai ketinggian 251 sentimeter. Ketinggian itu disebabkan tumor otak yang telah menjejaskan hypothalamus sehingga menyebabkan dia mempunyai ketinggian luar biasa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini