Kementerian Sumber Manusia dalam proses rundingan untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung pengambilan pekerja warga asing dengan Vietnam, Kemboja, India dan Sri Lanka, yang tamat tempohnya semasa pelaksanaan PKP.

Jelas Menterinya, Datuk Seri M.Saravanan, MoU serupa dengan Indonesia kini dalam proses dimuktamadkan, selepas ia mendapat kelulusan kabinet pada 23 Februari lalu.

November lepas, MoU dengan Bangladesh telah berjaya ditandatangani.

Sejak MoU berkenaan mula ditandatangani dengan China pada tahun 2003, kerajaan telah memeterai MoU serupa dengan 10 negara sumber.

Datuk Seri M.Saravanan menjelaskan perkara itu melalui kenyataan media sebagai memperjelas isu pengurusan pekerja asing yang dibangkitkan media akhir-akhir ini.

Memandang serius isu tersebut, pihak kementerian turut mencadangkan pelaksanaan eWages sebagai sistem pemantauan gaji, yang telah diluluskan Kabinet 12 Januari lalu untuk diaplikasi dalam tempoh terdekat. Majikan yang ingin menggaji pekerja warga asing juga perlu mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini