Serangan Rusia ke atas Ukraine disifatkan sedang cuba memusnahkan sebanyak mungkin infrastruktur negara berkenaan.

Justeru, Presiden Ukraine mencadangkan perjanjian rasmi dengan sekutunya bagi mendapat pampasan atas kerosakan yang dilakukan pasukan tentera Rusia.

Volodymyr Zelensky berkata, perjanjian bagi menunjukkan kepada negara lain yang bercadang melakukan tindakan agresif bahawa mereka perlu membayar kesan atas tindakan yang dibuat.

Zelensky menjemput negara rakan kongsi menandatangani perjanjian pelbagai hala.

Pada masa sama mewujudkan mekanisme agar yang terkesan akibat perbuatan Rusia boleh menerima pampasan.

Di bawah perjanjian itu dana Rusia dan harta benda dalam negara yang ditandatangan akan dirampas seterusnya dimasukkan ke dalam dana pampasan khas.

Katanya, ia adalah adil supaya Rusia akan merasai beban atas setiap serangan yang dilakukan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini