Pemimpin Perancis Emmanuel Macron dan Presiden Rusia, Vladimir Putin berbincang melalui panggilan telefon dalam usaha meredakan suhu berkait isu negara Ukraine.

Ia susulan ancaman sekatan lebih ketat terhadap Moscow oleh London dan Washington berikutan mobilisasi tentera di sempadan Ukraine-Rusia.

Ia merupakan panggilan kedua dalam tempoh empat hari oleh kedua-dua pemimpin tersebut.

Ketegangan terus memuncak selepas Duta Amerika Syarikat, Linda Thomas-Greenfield memberitahu Majis Keselamatan bahawa, Moscow merancang untuk menambah anggota tenteranya sebanyak enam kali ganda di Belarus.

Russia telah mengumpulkan kira-kira 100,000 anggota tenteranya berhampiran sempadan dengan Ukraine.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini