Rusia dijangka memperhebatkan lagi serangan ke atas Ukraine, minggu ini, ketika Kyiv menunggu keputusan bersejarah daripada Kesatuan Eropah (EU) berhubung permohonan negara itu untuk menganggotai blok tesebut.

Presiden Volodymyr Zelensky, berkata pihaknya meramalkan Moscow bakal meningkatkan serangan berikutan EU dijangka memberi keputusan terhadap permohonan keahlian Ukraine

Tentera Moscow menumpukan serangan ke atas timur Ukraine selama berminggu-minggu dalam usaha untuk menawan wilayah Donbas. Berhampiran Kharkiv, Bangunan Universiti Bioteknologi musnah terkena serangan peluru berpandu.

Letupan besar telah menyebabkan kawah sedalam empat meter dan lebar 12 meter. Kementerian Pertahanan Russia mendakwa tenteranya melancarkan serangan peluru berpandu terhadap tempat mesyuarat peringkat atasan tentera Ukraine berhampiran bandar Dnipro.

Lebih 50 jeneral dan pegawai terkorban. Tentera Russia juga menyasarkan sebuah bangunan yang menyimpan senjata yang dibekalkan Barat di Mykolaiv, sekali gus memusnahkan artileri dan kenderaan berperisai Ukraine.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini