Rusia menafikan terlibat dalam serangan siber terhadap beberapa bank di Ukraine.

Kedutaan Rusia di Amerika Syarikat dalam satu kenyataan berkata, dakwaan mengaitkan Moscow sebagai dalang adalah tidak berasas dan berniat jahat.

kenyataan itu juga menegaskan Rusia tidak pernah terlibat dalam sebarang operasi berniat jahat di ruang siber.

Semalam, Timbalan Penasihat Keselamatan Negara untuk Teknologi Siber dan Baru, Anne Neuberger berkata, pentadbiran Biden percaya Rusia terlibat dalam serangan yang turut menyasarkan entiti kerajaan Ukraine, termasuk kementerian pertahanan negara itu.

Kedutaan menyifatkan kenyatan itu sebagai anti-Rusia,

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini