Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia mendakwa sebuah depoh gudang di Ukraine mengandungi senjata dibekalkan Amerika Syarikat dan Eropah dimusnahkan.

Mejar Jeneral Igor Konashenkov berkata, peluru berpandu berketepatan tinggi “Kalibr” menyasarkan gudang berkenaan berdekatan penempatan Chortkiv di wilayah Ternopil.

Beliau mendakwa gudang berkenaan mengandungi sistem peluru berpandu anti kereta kebal, sistem peluru berpandu anti-pesawat mudah alih dan peluru artileri untuk sistem senjata.

Bagaimanapun, dakwaan itu tidak dapat disahkan. Sementara itu, Kementerian Pertahanan Rusia turut mendedahkan rakaman helikopter tempur Ka-52 yang sedang beraksi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini