Rusia menambah bilangan tenteranya di sempadan Ukraine, dalam misi melakukan serangan ke atas negara jirannya itu.

Ia didedahkan Jabatan Negara Amerika Syarikat yang memantau rapi ketegangan terbaharu membabitkan kedua negara itu.

Pendedahan itu turut disokong Jerman yang melaporkan pihaknya mengesan banyak pergerakan tentera berlaku di sempadan antara Rusia dan Ukraine.

Tindakan Moscow itu dikaitkan sebagai sebagai persediaan melakukan pencerobohan dan serangan terhadap Ukraine.

Bagaimanapun negara barat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengancam mengenakan sekatan besar-besaran jika Rusia meneruskan tindakan tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini