Rusia menutup ruang udaranya kepada pesawat yang dikendalikan syarikat penerbangan dari Latvia, Lithuania, Estonia dan Slovenia.

Ia sebagai tindak balas terhadap tindakan sama yang dikenakan terhadapnya susulan pencerobohan Moscow di Ukraine.

Menurut agensi pengangkutan udara Persekutuan, Rosaviation, syarikat penerbangan yang berdaftar atau dari negara yang tersenarai, dilarang memasuki ruang udara Rusia.

Sekatan yang dikuatkuasakan termasuk penerbangan transit.  

Sebelum ini, Britain mengenakan larangan terhadap syarikat penerbangan utama Rusia, Aeroflot daripada memasuki ruang udaranya.

Tindakan sama turut dikenakan Republik Czech, Jerman dan Slovenia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini