Rusia dan Ukraine bersetuju untuk mengadakan perbicangan “tanpa prasyarat”.

Bagaimanapun perbincangan yang dijadual hari ini tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk penyelesaian damai.

Walaupun Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, bersetuju menghantar delegasi untuk bertemu dengan pegawai Rusia berhampiran sempadan dengan Belarus, beliau menegaskan  tidak akan memberikan peluang kepada  Rusia berikutan  provokasinya.

Perang antara Rusia dan Ukraine telah meragut nyawa lebih 350 orang awam.

Dilaporkan, ketika ini, tentera Rusia masih terus bergerak di selatan, mengancam pelabuhan utama dan di utara serta berusaha menakluk bandar Kyiv.

Dalam pada itu, ratusan ribu penunjuk perasaan di seluruh dunia berarak di jalan-jalan raya utama mengecam pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Masing-masing mengenakan pakaian biru dan kuning, warna bendera Ukraine sambil memegang poster bertulis “Tiada Perang Dunia 3” dan “Rusia pulang.”

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini