Lebih 160 orang maut dalam siri rusuhan di Kazakhstan.

Hampir 6,000 individu termasuk warga asing ditahan sejak ketegangan tercetus seminggu yang lalu.

Sebuah portal maklumat kerajaan pada Ahad melaporkan, 164 orang maut dalam rusuhan.

103 daripadanya di bandar terbesar, Almaty. 

Statistik terbaharu yang dilaporkan itu jauh lebih tinggi berbanding data awal.

Pihak berkuasa sebelum ini melaporkan 42 kematian, membabitkan 26 penunjuk perasaan dan 16 anggota keselamatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini