Australia bersedia menghantar pasukan pengaman ke Kepulauan Solomon ketika rusuhan baharu tercetus di ibu negara Honiara pada hari kedua.

Kekacauan bermula semalam selepas penunjuk perasaan cuba menyerbu Parlimen dalam usaha menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Manasseh Sogavare.

Perusuh turut bertindak membakar beberapa bangunan kerajaan, premis perniagaan dan sebuah balai polis.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata, pasukan pengaman itu bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dan kestabilan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini