Sekurang-kurangnya 52 banduan maut manakala 26 cedera dalam kejadian rusuhan di sebuah penjara di barat daya Colombia.

Pengarah penjara negara, Tito Castellanos berkata, Tragedi berlaku apabila banduan yang merusuh mencetuskan kebakaran.

Ketua jabatan kesihatan daerah Valle del Cauca, Cristina Lesmes mengesahkan, pihaknya merawat 26 mangsa yang cedera.

Terdahulu Castellanos memaklumkan seramai 49 orang maut manakala 30 lagi termasuk enam pegawai penjara cedera.  

Penjara itu menempatkan lebih 1,200 banduan.

180 banduan terjejas akibat kebakaran itu. 

Di luar penjara, berpuluh-puluh anggota keluarga berhimpun untuk mendapatkan maklumat mengenai waris masing-masing.