Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) menyatakan atu perjumpaan akan diadakan bersama ketua-ketua parti Disember ini bagi mendapatkan pandangan dan pendirian berkaitan undang-undang anti-lompat parti.

Menurut beliau, satu kaji selidik juga telah dibangunkan Jabatan Perdana Menteri bagi mendapat pandangan ahli-ahli parlimen dan orang awam. Soal selidik boleh dijawab bermula 23 November sehingga 7 Disember depan.
 
Selain itu, Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik juga telah diberi taklimat oleh Peguam Negara. Beliau menjawab pertanyaan wakil Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini