Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual 2021 dibacakan kali pertama di Dewan Rakyat.

RUU itu manifestasi penting untuk menunjukkan bahawa kesalahan gangguan seksual merupakan pelanggaran hak asasi manusia dan suatu bentuk keganasan berasaskan gender.

Jelas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, bagi tujuan penggubalan RUU itu, kementerian telah menubuhkan pasukan projek khas terdiri daripada agensi kerajaan, ahli akademik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mempunyai kepakaran, pengetahuan dan pengalaman berkenaan isu-isu yang berkaitan dengan gangguan seksual. 

Bercakap dalam sidang media, beliau memaklumkan, lima elemen penting diperkenalkan dalam RUU itu.

Ia merangkumi definisi gangguan seksual, pemakaian undang-undang yang lebih meluas, penambahbaikan terhadap sistem perundangan sedia ada, mengguna pakai pembuktian secara imbangan keberangkalian dan tebus rugi terhadap mangsa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini