Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual bakal dibentangkan pada mesyuarat Parlimen bagi penggal kelima yang dijangka bersidang bermula 28 Februari hingga 24 Mac depan.

Menerusi kenyataan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, RUU tersebut seiring dengan agenda kerajaan untuk mempertingkat kesejahteraan dan keselamatan dalam menangani ketidaksamaan gender.

Jelasnya, bagi tujuan penggubalan RUU tersebut, kementerian telah menubuhkan Pasukan Projek Khas (SPT) membabitkan agensi kerajaan.

Antaranya Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar, JAKIM, ahli akademik dan badan bukan kerajaan yang memiliki kepakaran, pengetahuan serta pengalaman luas berkenaan gangguan seksual.

Menurutnya penggubalan rang undang-undang itu telah bermula sejak 2019 sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat bagi bacaan kali pertama pada 15 Disember lalu.

Untuk rekod, sebanyak 6,897 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan remaja direkodkan bagi tempoh tiga tahun antara 2018 hingga 2020.

Daripada jumlah itu 3,324 kes membabitkan jenayah rogol, sumbang mahram 708 kes, rogol berkumpulan 175 kes, seks luar tabii 120 kes, pornografi kanak-kanak 54 kes, pengantunan kanak-kanak 25 kes dan cabul kehormatan 8 kes.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini