Rang undang-undang, RUU Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019, dinamakan semula sebagai RUU Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC). 

Sebelum ini, ia telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen oleh bekas Menteri Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, selepas pertukaran kerajaan pada 1 Mac 2020, RUU IPCMC diserah kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang kemudiannya ditukar nama.

Tambahnya, RUU IPCC telah dibaca kali pertama pada 26 Ogos 2020 di Dewan Rakyat. 

Namun bacaan kali kedua yang dijadualkan pada 27 Ogos 2020 telah ditangguhkan dan akan dibaca di sidang Parlimen pada penggal ini. 
 
Jonathan Yasin menjawab pertanyaan ahli parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini