Draf Rang Undang-Undang (RUU) Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti (Pindaan) (No. 3) 2022 sudah dimuktamadkan. RUU berkenaan dicadang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk dibentang dalam Mesyuarat Khas Parlimen pada minggu pertama Julai ini.

Perkara itu dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurut beliau, perkara tersebut dipersetujui secara sebulat suara semalam, semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 Dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti Bilangan 6 Tahun 2022.

Mesyuarat itu juga telah bersetuju dan memuktamadkan draf RUU berkenaan dibentang serta dibahaskan dalam Dewan Rakyat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini