Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan. Ia diputuskan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon melalui undian suara majoriti.

Kelulusan tersebut membabitkan peruntukan lebih 15 bilion bagi Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan Pembangunan Bajet 2022.

Tiada Ahli Parlimen bangun meminta undi belah bahagian dilakukan. Seramai 19 ahli Dewan Rakyat mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa RUU itu. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kemudiannya menggulung perbahasan dalam tempoh 30 minit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini