Kementerian Kewangan bercadang membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Tanggungjawab Fiskal (FRA) pada sesi parlimen akan datang.

Jelas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz , RUU itu merangkumi usaha memperluas asas cukai negara.

Tengku Datuk Seri Zafrul menyampaikan ucap tama pada Persidangan Akauntan Antarabangsa Institut Akauntan Malaysia 2022 secara maya.

RUU Tanggungjawab Fiskal, merupakan strategi Kementerian Kewangan untuk meningkatkan tadbir urus, akauntabiliti dan ketelusan fiskal negara.

Pada masa sama,  mampu menyumbang bajet yang lebih seimbang dan mampan, serta pengurusan risiko fiskal serta hutang berhemat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini