Sebanyak 2.89 juta dos vaksin lagi akan dihantar ke Sabah bulan ini. Ia bagi memastikan sasaran 60 peratus golongan dewasa di negeri itu mendapat vaksinasi lengkap penghujung bulan ini.

Dengan tambahan dos vaksin itu, kadar suntikan vaksin dapat ditingkatkan sehingga 70,000 suntikan setiap hari. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin memberi jaminan yang Sabah juga akan diberi keutamaan untuk mendapat lebih banyak vaksin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini