Sebanyak 3 memorandum persefahaman dimetrai antara Kerajaan Sabah dengan pelabur bagi pelaksanaan tiga projek bernilai kira-kira RM4.3 bilion
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan pemeteraian MoU itu sebagai petanda baik bagi melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi Sabah.
Menurut beliau, kerajaan negeri akan terus berusaha membuka lebih banyak peluang pekerjaan dengan tumpuan tiga sektor iaitu, pertanian, perindustrian dan pelancongan.
Pemeteraian dokumen disaksikan Datuk Seri Hajiji dengan MoU pertama antara Yayasan Sabah dengan Pavilion Kota Kinabalu Sdn Bhd bagi projek bandar raya Pavilion Harbour City dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan RM2 bilion.
MoU kedua pula Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah dan syarikat pelaburan China, King Solar New Materials Sdn Bhd bagi membangunkan kilang memproses pasir silica dan menghasilkan panel solar dengan pelaburan permulaan RM2 billion
MoU ketiga membabitkan Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah dan Borneomed Sdn Bhd bagi projek Ladang Herba Bersepadu Sabah dengan pelaburan bernilai RM350 juta.