Sabah menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan enam kampung di Kota Marudu dinaiki air susulan hujan lebat sejak awal pagi semalam.

Hujan lebat telah menyebabkan paras air meningkat di dua sungai di daerah itu dan berada pada paras waspada.

Menurut kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kota Marudu, kampung terbabit ialah Kampung Asin-Asin, Kampung Beliajung, Kampung Tingkalanon, Kampung Tongkungon, Kampung Taritipan dan Kampung Morion.

Berikutan itu, 73 penduduk daripada 17 keluarga dari Kampung Beliajung ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Sekolah Kebangsaan Teritipan, setakat 8 malam tadi.

Dua jalan turut terjejas dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan iaitu Jalan Langkon Pitas berdekatan Kampung Asin-Asin serta Jalan Tingkalanon, Kampung Marion.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini