Sistem pengurusan tanah perkuburan di Sabah akan ditambah baik menggunakan konsep ‘Pusara Dalam Taman.’ Ia bagi memastikan perancangan penstrukturan kawasan tanah kubur lebih tersusun dan sistematik.

Menteri Tugas Tugas Khas Sabah, Datuk Dr Arifin Mohd Arif berkata, konsep tanah perkuburan dalam taman yang diasaskan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) adalah inisiatif terbaik boleh dicontohi Sabah.

Katanya, keprihatinan terhadap konsep pengurusan tanah perkuburan yang bersistematik adalah sebahagian tanggungjawab fardu kifayah. Malah katanya, pendekatan itu mampu mengatasi pelbagai isu seperti masalah kekurangan dan kesesakan di tanah perkuburan.

Beliau ditemui pemberita selepas sesi lawatan kerja bersama MAIWP di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves, Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini