Kerajaan Negeri Sabah berharap dapat memperoleh agihan lebih 2.88 juta dos vaksin COVID-19 bulan ini bagi membolehkan program vaksinasi di Sabah berjalan lancar.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) juga menyasarkan purata pemberian 60,000 dos vaksin sehari, kepada penduduk.

Jelasnya, hampir 41 peratus penduduk dewasa di Sabah telah melengkapkan pengambilan kedua-dua dos vaksin COVID-19.

Sebanyak 19, 799 suntikan dos pertama vaksin diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif lebih 1.64 juta dos pertama diberikan.

Bagi dos kedua 22,469 dos diberikan hari ini menjadikan jumlah kumulatif lebih 1.11 juta dos.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini