Sabah menuju sifar HIV/AIDS menjelang 2030. Itu sasaran Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang turut selari ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Peringkat Kebangsaan.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Rose Nani Mudin berkata, kejayaan usaha berkenaan menuntut penglibatan kesemua pihak. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutupan Sambutan Hari AIDS Sedunia 2021 Peringkat Negeri, di sebuah pusat beli belah di Kota Kinabalu.

Datuk Rose Nani turut menyeru masyarakat agar tidak menyisih dan memandang serong terhadap pesakit HIV/AIDS.

Ini kerana stigma dan diskriminasi masyarakat menjadi antara faktor golongan berkenaan tidak mahu tampil untuk menjalani saringan dan rawatan berkaitan. Sabah tersenarai dalam lima negeri mempunyai bilangan kes HIV paling tinggi di negara ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini