Kesiapsiagaan menghadapi bencana digesa untuk ditingkatkan di seluruh Sabah menjelang kedatangan musim Monsun Timur Laut, bulan ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata  semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri telah diarahkan agar bersiap siaga  dan menyediakan  logistik  termasuk pusat pemindahan sementara (PPS) di semua daerah.

Kerajaan negeri juga bekerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terutama dalam menyalurkan bantuan kewangan dan peruntukan pada waktu bencana ketika musim tengkujuh.

Sementara itu, Hajiji berkata program tebatan banjir di daerah Penampang sedang dijalankan dengan dua daripada tiga pakej tebatan banjir telah siap.

Kira-kira 200 keluarga di daerah Penampang terjejas banjir pada September lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini