Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Sabbaruddin Chik meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), malam tadi.

Allahyarham yang akan menyambut ulang tahun ke-80 pada 11 Disember depan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.45 malam.

Menurut Pembantu Khasnya, Datuk Zamri Mohamed, Allahyarham dimasukkan ke PPUM sejak Ahad lalu selepas dijangkiti COVID-19.

Pengurusan jenazah dan pengebumian Allahyarham Sabbaruddin dijangka akan dibuat sepenuhnya oleh pihak hospital.

Allahyarham meninggalkan tiga orang anak perempuan dan seorang lelaki.

Isterinya, Allahyarhamah Puan Seri Faridah Muhamed telah pun kembali ke rahmatullah 4 tahun lalu akibat penyakit aneurisma otak.

Allahyarham memulakan karier politiknya selepas bertanding di Parlimen Temerloh dan memegang kerusi itu dari tahun 1982 hingga 1999.

Beliau juga pernah bekhidmat sebagai Timbalan Menteri Kewangan dari 1982 sehingga 1987 selain pernah dilantik sebagai Pengerusi Amanah Raya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini