Penyerang Johor Darul Takzim, Safawi Rasid mengakui sudah bersedia untuk menggalas tugas penting bersama rakan sepasukan lain selepas turun menyertai sesi latihan Harimau Malaya bagi kempen Piala AFF Suzuki 2021 di Singapura bulan ini.

Menurutnya, gandingan pemain senior dan naturaliasi sekali lagi menjadi ramuan terbaik buat skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu untuk mencipta kejutan dalam kempen kali ini.

Jelas Safawi, berdasarkan prestasi semasa dirinya dan rakan sepasukan lain dalam saingan domestik musim ini, dia optimis skuad negara mampu mengubati kekecewaan pada edisi 2018.

Tambahnya, syarat ketat yang dikenakan Singapura kepada semua pemain sedikit pun tidak mengganggu motivasinya, malah ia menyuntik lagi semangat pemain kelahiran Terengganu itu.

Safawi berkata demikian selepas menjalani latihan pusat Harimau Malaya di Kelana Jaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini