Susulan kes kematian orang asli suku kaum Batek di Kampung Kuala Koh, Gua Musang sejak 2 Mei lalu. Sehingga kini 14 orang disahkan meninggal dunia akibat jangkitan dan radang paru-paru atau Pneumonia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berkata, bagaimanapun hanya dua disahkan mati akibat jangkitan tersebut berdasarkan bedah siasat manakala selebihnya telah dikebumikan di sempadan hutan sempadan Kelantan-Pahang.Dalam tempoh itu, 83 orang menerima rawatan di hospital dengan 2 daripadanya dilaporkan tenat. Tambahnya, kes tersebut lewat diketahui kerana jarak perjalanan penempatan yang jauh di dalam hutan menyebabkan kematian 12 penduduk daripada 186 orang Asli sejak 2 Mei lalu tidak diketahui. Ini berikutan tiada komunikasi di antara penduduk dengan penghulu dan polis.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini