Kedah Darul Aman (KDA FC) kini giat membentuk skuad yang lebih mantap dan bertenaga bagi mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC musim depan.

Selepas tidak menyambung kontrak tiga pemain importnya, KDA FC turut mengambil langkah sama terhadap beberapa pemain tempatan yang menjadi antara tonggak utama pasukan musim 2021.
 
Selain Baddrol Bakhtiar yang kini sah bersama Sabah FC, empat lagi pemain yang tidak akan bersama KDA FC musim depan, masing-masing, Mohd Fairuz Zakaria, Muhammad Faizat Ghazli, Mohd Fandi Othman dan Tam Sheang Tsung.

KDA FC dalam kenyataan memaklumkan, pertahanan kental, Rizal Ghazali pula memilih haluan baharu walaupun khidmatnya masih diperlukan barisan kejurulatihan. 
 
Pada masa sama, Naib Juara Liga Super 2021 itu kini sedang berusaha untuk mengekalkan khidmat pemain pinjaman, Rodney Celvin Akwensive.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini