Semua ahli politik khususnya Ahli Parlimen digesa mengadakan gencatan politik bermula sekarang hingga Pilihan Raya Umum ke-15.

Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ini bagi membolehkan semua pihak fokus kepada usaha menangani pandemik COVID-19 dan membangunkan semula ekonomi.

Langkah itu selaras titah Yang di-Pertuan Agong supaya Ahli Dewan Rakyat mengurangkan pergeseran dan pertelingkahan politik.

Beliau berkata demikian pada sidang media pertamanya di Wisma Putra.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini