Seorang Yang Dipertua (YDP) sebuah pertubuhan kebajikan di Terengganu direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa.

Turut direman, seorang pengarah urusan sebuah syarikat usaha sama yang juga mempunyai kepentingan ke atas syarikat tersebut.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mazrinie Mahmood.

Ia bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dilakukan.

Suspek yang berusia 80an itu disyaki menggunakan jawatannya dengan melantik suspek kedua sebagai pengarah urusan sebuah syarikat usaha sama pada 2018.

Suspek dikatakan ada kepentingan ke atas syarikat tersebut.
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini