Bintang Liverpool dari Mesir, Mohamed Salah memenangi anugerah Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) 2022.

Salah memenangi anugerah itu buat kali kedua dalam kerjayanya.

Menjadi pemain Liverpool sejak 2017, Salah sebelum ini memenangi anugerah Pemain Terbaik PFA 2018.

Liverpool turut memberi penghormatan kepada pemain berusia 29 tahun itu di atas anugerah itu.

Penyokong-penyokong pasukan The Reds mengucapkan tahniah kepada pemain itu melalui ciapan di Twitter.

Salah menjaringkan 23 gol dalam 35 penampilan Liga Perdana Inggeris pada musim 2021-22, dengan Liverpool menduduki tempat kedua.

Manchester City dinobatkan sebagai juara 2022 selepas meraih 93 mata dalam 38 perlawanan.

Saingan terdekat mereka, Liverpool, mengumpul 92 mata.

Sementara itu, pemain tengah Manchester City, Phil Foden, 22 tahun, memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik PFA buat kali kedua berturut-turut.

Foden, yang sebelum ini merangkul anugerah itu pada 2021, menjaringkan sembilan gol dalam 28 perlawanan Liga Perdana untuk membantu pasukannya memenangi kejuaraan liga 2022. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini