Program ‘Salam Baitullah’ edisi ke-14 terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) kembali menemui penonton sepanjang musim haji tahun ini mengandungi liputan dan maklumat terkini keadaan di Tanah Suci.

Program 16 episod  itu akan bersiaran secara langsung dari 26 Jun hingga 10 Julai bermula pukul 9 hingga 10 malam setiap hari.

Pelancaran program Salam Baitullah 2022, disempurnakan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud di ibu negara hari ini.

Menurut beliau,siaran program tahun ini amat signifikan selepas dua tahun umat Islam tidak dapat menunaikan ibadah haji akibat COVID-19.

Siaran secara langsung itu juga katanya akan membawakan perkembangan terbaharu jemaah kepada keluarga mereka di tanah air.

Bertemakan ‘Satu Kerinduan, Suatu Kepastian’ Salam Baitullah bersiaran di TV1 serta Saluran Berita, 123 My Freeview dan boleh ditonton menerusi laman rtmklik.rtm.gov.my serta Facebook Live. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini