Menyampaikan maklumat rasmi, sahih dan terkini.

Untuk tujuan itu, kerajaan negeri Perlis akan memperkenalkan saluran berita berasaskan web dikenali sebagai Premier Channel.

Perananya sebagai medium utama menyampaikan maklumat secara terus kepada rakyat di Perlis.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd Yusof, saluran berita berkenaan antara perancangan yang terkandung di dalam Pelan Digital Perlis 2021.
 
Ia hasil pemerhatian terhadap kecenderungan masyarakat memandangkan berita atau maklumat yang disebarkan melalui platform media sosial dilihat lebih cepat diterima dan difahami rakyat.
 
Kerajaan negeri bersama ketua-ketua jabatan di Perlis juga membuat perbincangan dan memberi galakan untuk memanfaatkan platform tersebut bagi menyampaikan maklumat.
 
Sebagai permulaan, siaran percubaan Premier Channel dimulakan Ogos lalu dan bakal bersiaran setiap hari setelah semua aspek teknikal bersedia sepenuhnya.

Siarannya boleh diikuti menerusi laman facebook rasmi Pejabat SUK Perlis.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini