Para pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 tetap komited menjalankan tugas menjaga sempadan Kelantan-Thailand, meski tidak dapat pulang beraya bersama keluarga di kampung halaman sempena Aidilfitri. Bertempat di Markas Tektikal Lubok Stol, Rantau Panjang…Syawal tetap disambut mereka dalam keadaan meriah. Dengan pelbagai juadah makanan dan kuih muih, sambutan di pos kawalan terbabit turut diserikan dengan kehadiran Komander Bridged Tenggara PGA, SAC Khaled Che Lah yang menyabut hari raya bersama pegawai dan anggota bertugas. Sambil menikmati juadah, kesemua mereka diingatkan supaya sentiasa melaksana tugas di sempadan dengan penuh amanah dan berintegriti tinggi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini