Sambutan Deepavali di Pahang dirai sederhana namun meriah dengan pematuhan prosedur operasi standard, SOP.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismai berkata, sambutan Deepavali yang dihadiri masyarakat pelbagai kaum jelas menunjukkan perpaduan masih segar dengan semangat muhibah Keluarga Malaysia.

Beliau dalam pada itu, juga menyeru agar seluruh rakyat di negeri ini untuk terus semarakkan semangat perpaduan antara kaum demi keharmonian negara amnya.

Beliau berkata ketika hadir pada majlis sambutan Deepavali di kediaman Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Jasvir Singh Ram Singh di Bentong, Pahang.

Pada majlis sama, Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini