Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan 2021 diadakan secara tertutup di Wisma Negeri, Seremban, bagi mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara. Majlis dimulakan dengan acara menaikkan Jalur Gemilang diiringi lagu Negaraku oleh pancaragam Pusat Kor Armor Diraja dan Brass Band 2 Kor Armor Diraja.

Turut diadakan bacaan ikrar Rukun Negara diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan doa dibacakan Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir serta Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud, berkenan berangkat ke majlis ini.

Menurut Datuk Seri Aminuddin, mengambil semangat Hari Kebangsaan dalam suasana melawan Pandemik Covid-19, rakyat diharap terus kekal bersatu padu dengan semangat jati diri tinggi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini