Tragedi banjir lumpur akibat fenomena kepala air dari Pucak Gunung jerai 18 Ogos lalu tidak mematahkan semangat penduduk Yan bagi menyambut hari kemerdekaan negara ke 64 tahun.

Begitulah yang dilakukan Rosli Mohamad bersama ahli keluarganya, dengan memastikan jalur gemilang berkibar megah meskipun lokasi kediaman dilanda musibah.

Rumah beliau yang terletak di Jalan Masjid Yan Besar telah mencuri perhatian orang sekitar dengan dekorasi menarik menggunakan bendera.

Bendera berkenaan katanya telah di pasang di sekeliling rumah sejak awal bulan Ogos.

Beliau menambah beberapa lagi bendera baharu setelah kerja-kerja membersihkan rumah yang didiami mereka selesai.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini