Sambutan Hari Pahlawan tahun ini di peringkat Persekutuan akan diadakan September depan.Sambutan bermula dengan majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat yang bakal diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada jam 7.10 malam 18 September ini. Sementara keesokkannya, 19 September akan diadakan istiadat perbarisan dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya jam 8.30 pagi.Seterusnya, khutbah khas dan solat Jumaat sempena sambutan tersebut akan diadakan di Masjid Negara jam 1.05 tengah hari pada 20 September.Perubahan tarikh penganjuran majlis itu daripada tarikh pengisytiharan asal iaitu 31 Julai ini bagi memberi laluan dan mengelakkan pertindihan dengan beberapa acara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini