Sambutan Hari Pelaut 2022 bakal berlangsung di Terengganu, Sabtu ini bagi meraikan peranan mereka sebagai nadi utama aktiviti perdagangan maritim sekali gus menjana pendapatan ekonomi negara.

Sebagai pelaut yang terpaksa berada di lautan dalam tempoh lama, kebajikan mereka sentiasa menjadi keutamaan Jabatan Laut Malaysia.

Malah pembangunan kerjaya mereka termasuk biasiswa, khairat kematian dan bantuan bencana sentiasa dititikberatkan.

Timbalan Ketua Pengarah Laut (Perancangan) Jabatan Laut Negara, Kapten Mohamed Halim Ahmed, berkata wanita juga dialu-alukan menyertai bidang kerjaya penuh mencabar ini. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini