Hampir 200 peserta memeriahkan Program Pencahayaan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 anjuran Perbadanan Labuan yang diadakan di Wisma Perbadanan Labuan.

Program yang diadakan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya ini bertujuan mengajak orang ramai untuk mencetuskan semangat muhibah dan integrasi dalam kepelbagaian kaum dan peringkat.
 
Antara pengisiannya adalah pertandingan tertutup ‘glow in the dark-workout dance’ dengan objektif melahirkan warga kerja yang sihat.
 
Selain itu, flag off ‘Fun Light Ride’ SHWP 2022 yang menyaksikan acara konvoi yang dihiasi dengan lampu berwarna-warni.
 
Program telah dirasmikan Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato Sri Amir Hussien diiringi Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini