Sambutan Tahun Baharu dibatalkan dan diganti dengan solat hajat serta doa selamat.

Ia sebagai menghormati dan tanda simpati terhadap penduduk yang terjejas banjir.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Ahmad, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menganjurkan Solat Hajat dan Malaysia Berzikir Ambang 2022, di Masjid Putra, Putrajaya, malam esok.

Sehubungan itu, beliau mengajak Keluarga Malaysia untuk solat Maghrib berjemaah, solat hajat dan doa selamat di Masjid berkenaan.

Mereka yang tidak berpeluang hadir, boleh mengikuti siaran secara langsung di RTM dan TV Al-Hijrah.

Datuk Seri Ismail turut menyarankan masjid-masjid di seluruh negara,menganjurkan majlis serupa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini